1 Dengan demikian selesailah penciptaan seluruh alam semesta.
2 Pada hari yang ketujuh, Allah menyelesaikan pekerjaan-Nya, lalu Dia berehat.
3 Allah memberkati hari yang ketujuh dan menjadikan hari itu sebagai hari istimewa, kerana pada hari itu Allah berehat setelah menyelesaikan pekerjaan-Nya.
4 Demikianlah riwayat penciptaan alam semesta.Pada masa TUHAN Allah menciptakan alam semesta,
5 belum ada benih yang bercambah dan belum ada tumbuh-tumbuhan di atas bumi, kerana Allah belum menurunkan hujan dan belum ada orang yang mengusahakan tanah,
6 tetapi air keluar dari bawah permukaan bumi dan mengairi tanah.
7 Kemudian TUHAN Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk manusia, lalu menghembuskan nafas yang memberi hidup ke dalam lubang hidungnya; maka hiduplah manusia itu.