11 Sungai yang pertama bernama Pison, yang mengalir mengelilingi tanah Hawila.
12 Di situ terdapat emas tulen, dan juga wangi-wangian yang sukar didapati, serta batu-batu permata.
13 Sungai yang kedua bernama Gihon, yang mengalir mengelilingi tanah Kus.
14 Sungai yang ketiga bernama Tigris, yang mengalir di sebelah timur Asyur. Sungai yang keempat bernama Efrat.
15 Kemudian TUHAN Allah menempatkan manusia itu di Taman Eden untuk mengusahakan serta memelihara taman itu.
16 Allah berfirman kepada manusia itu, “Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di taman ini,
17 kecuali buah daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti mati pada hari itu juga.”