20 Manusia itu memberikan nama kepada semua binatang dan burung, tetapi tiada satu pun antaranya dapat menjadi teman yang sesuai untuk menolong dia.
21 Kemudian TUHAN Allah menyebabkan manusia itu tidur dengan nyenyak. Sementara dia terlena, TUHAN mengeluarkan satu daripada tulang rusuk manusia itu, lalu menutupnya semula dengan daging.
22 Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.
23 Kemudian lelaki itu berkata,“Inilah dia, orang yang sama dengan aku –tulang daripada tulangku,dan daging daripada dagingku.Aku namakan dia perempuan,kerana dia diambil daripada lelaki.”
24 Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.
25 Lelaki dan perempuan itu bertelanjang, tetapi mereka tidak berasa malu.