22 Daripada tulang rusuk itu, Allah membentuk seorang perempuan, lalu membawanya kepada lelaki itu.
23 Kemudian lelaki itu berkata,“Inilah dia, orang yang sama dengan aku –tulang daripada tulangku,dan daging daripada dagingku.Aku namakan dia perempuan,kerana dia diambil daripada lelaki.”
24 Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu mereka menjadi satu.
25 Lelaki dan perempuan itu bertelanjang, tetapi mereka tidak berasa malu.