1 Abraham berpindah dari Mamre ke bahagian selatan Kanaan, lalu menetap di antara Kades dan Syur. Beberapa lama kemudian, semasa dia tinggal di Gerar,
2 dia berkata bahawa isterinya Sara ialah adiknya. Oleh itu, Raja Abimelekh dari kota Gerar menyuruh utusannya membawa Sara kepadanya.
3 Pada suatu malam Allah menampakkan diri kepada Raja Abimelekh dalam mimpi dan berfirman, “Engkau akan mati kerana engkau sudah mengambil wanita ini; dia sudah bersuami.”
4 Tetapi Raja Abimelekh belum lagi menjamah wanita itu, lalu raja itu berkata, “Ya Tuhan, aku tidak bersalah! Adakah Tuhan akan membinasakan aku dan rakyatku?