4 Tetapi Raja Abimelekh belum lagi menjamah wanita itu, lalu raja itu berkata, “Ya Tuhan, aku tidak bersalah! Adakah Tuhan akan membinasakan aku dan rakyatku?
5 Abraham sendiri berkata bahawa wanita itu adiknya, dan wanita itu pun berkata bahawa Abraham abangnya. Aku melakukan hal ini dengan hati nurani yang bersih, kerana itu aku tidak bersalah.”
6 Allah menjawab dalam mimpi itu, “Ya, Aku tahu bahawa engkau melakukannya dengan hati nurani yang bersih; oleh itu Aku sudah mencegah engkau daripada berdosa terhadap Aku dan tidak membiarkan engkau menjamah wanita itu.
7 Tetapi sekarang, kembalikanlah wanita itu kepada suaminya. Suaminya seorang nabi, dan dia akan berdoa untukmu supaya engkau tidak mati. Tetapi jika engkau tidak mengembalikannya, ingat, engkau dan segenap rakyatmu akan mati.”
8 Awal pagi esoknya Raja Abimelekh memanggil semua pegawainya dan memberitahu mereka segala kejadian itu. Mereka sangat ketakutan.
9 Kemudian Raja Abimelekh memanggil Abraham dan bertanya, “Apakah yang sudah kamu lakukan terhadap kami? Apakah kesalahan yang sudah beta lakukan terhadapmu, yang menyebabkan kamu mendatangkan bencana ini kepada beta dan kerajaan beta? Tidak patut kamu berbuat demikian kepada beta.
10 Mengapa kamu melakukannya?”