12 Jangan-jangan ayah meraba badan saya dan tahu bahawa saya menipu dia; nanti dia tidak akan memberkati saya, sebaliknya mengutuk saya pula.”
13 Ibunya menjawab, “Jangan khuatir, nak. Biar mak yang menanggung segala kutukannya. Buat saja apa yang mak katakan. Pergilah ambil kambing-kambing itu.”
14 Maka Yakub pergi mengambil kambing. Dia membawa kambing-kambing itu kepada ibunya, lalu Ribka memasak makanan kesukaan Ishak.
15 Selepas itu Ribka mengambil pakaian Esau yang terbaik, yang disimpannya di dalam khemah, lalu mengenakan pakaian itu pada Yakub.
16 Dia menutupi lengan dan leher Yakub yang tidak berbulu dengan kulit kambing.
17 Dia memberikan makanan yang lazat itu bersama dengan roti yang dibuatnya, kepada Yakub.
18 Kemudian Yakub pergi kepada bapanya dan berkata, “Ayah!”“Ya”, jawab bapanya. “Siapakah engkau, Esau atau Yakub?”