30 Selepas Ishak memberkati Yakub, dan sebaik sahaja Yakub pergi, Esau abangnya, pulang dari berburu.
31 Dia juga memasak makanan yang lazat dan membawa makanan itu kepada bapanya. Dia berkata, “Ayah, bangunlah, dan makanlah daging yang saya bawa untuk ayah, supaya ayah dapat memberkati saya.”
32 “Siapakah engkau?” Ishak bertanya.Esau menjawab, “Esau, anak sulung ayah.”
33 Seluruh tubuh Ishak gementar, lalu dia bertanya, “Jika begitu, siapakah yang sudah memburu binatang dan membawanya kepadaku tadi? Aku telah memakannya sebelum engkau tiba. Kemudian aku memberikan berkatku yang terakhir kepadanya, dan kini berkat itu menjadi miliknya selama-lamanya.”
34 Apabila Esau mendengar hal itu, dia meraung-raung dengan penuh kepedihan, lalu berkata, “Berkatilah saya juga, ayah!”
35 Ishak menjawab, “Adikmu sudah datang dan menipu aku. Dia sudah mengambil berkat yang sebetulnya hendak aku berikan kepadamu.”
36 Esau berkata, “Inilah kali kedua dia menipu saya. Patutlah namanya Yakub. Dia sudah mengambil hak saya sebagai anak sulung, dan sekarang dia mengambil pula berkat yang sepatutnya untuk saya. Tidakkah ayah mempunyai berkat lain bagi saya?”