40 Engkau akan hidup dengan pedangmu,tetapi menjadi hamba adikmu.Namun apabila engkau memberontak,engkau akan bebas daripada kuasanya.”
41 Maka Esau membenci Yakub kerana bapanya sudah memberikan berkatnya kepada Yakub. Esau berfikir, “Tidak lama lagi ayah akan meninggal dan apabila masa berkabung selesai, aku akan membunuh Yakub!”
42 Apabila Ribka mendengar tentang rancangan Esau, dia memanggil Yakub dan berkata, “Dengarlah, abangmu Esau merancang untuk membalas dendam dan membunuh engkau.
43 Sekarang, hai anakku, buatlah apa yang aku katakan. Pergilah dengan segera kepada abangku Laban, di Haran.
44 Tinggallah bersama dengan dia untuk beberapa lama, sampai kemarahan abangmu reda
45 dan dia lupa akan perbuatanmu terhadapnya. Kemudian aku akan menghantar orang untuk membawa engkau kembali. Aku tidak mahu kehilangan kedua-dua orang anakku pada hari yang sama.”
46 Kemudian Ribka berkata kepada Ishak, “Aku jemu dan bosan dengan isteri-isteri Esau yang berbangsa asing itu. Jika Yakub juga berkahwin dengan gadis Het, lebih baik aku mati saja.”