17 Lea mempunyai mata yang cantik; Rahel pula mempunyai bentuk badan yang menarik dan wajah yang jelita.
18 Yakub jatuh cinta dengan Rahel. Oleh itu dia berkata, “Saya akan bekerja selama tujuh tahun untuk pak cik, jika pak cik membenarkan saya berkahwin dengan Rahel.”
19 Laban menjawab, “Aku lebih suka dia menjadi isterimu daripada isteri orang lain; tinggallah di sini bersama dengan aku.”
20 Yakub bekerja selama tujuh tahun untuk mendapat Rahel. Bagi Yakub tahun-tahun itu berlalu seperti beberapa hari sahaja kerana dia mencintai Rahel.
21 Kemudian Yakub berkata kepada Laban, “Masanya sudah tiba; benarkanlah saya berkahwin dengan anak perempuan pak cik!”
22 Maka Laban membuat jamuan perkahwinan dan menjemput semua orang.
23 Tetapi pada malam itu, untuk menggantikan Rahel, Laban menghantar Lea kepada Yakub, lalu Yakub bersetubuh dengan Lea. (