22 Maka Laban membuat jamuan perkahwinan dan menjemput semua orang.
23 Tetapi pada malam itu, untuk menggantikan Rahel, Laban menghantar Lea kepada Yakub, lalu Yakub bersetubuh dengan Lea. (
24 Laban memberikan Zilpa, hamba perempuannya kepada anaknya Lea, untuk menjadi hambanya.)
25 Pagi esoknya barulah Yakub sedar bahawa Lea yang dikahwininya. Dia pergi berjumpa dengan Laban dan berkata, “Mengapa pak cik melakukan hal ini kepada saya? Saya sudah bekerja untuk mendapat Rahel. Mengapakah pak cik menipu saya?”
26 Laban menjawab, “Menurut adat di sini, adik tidak boleh berkahwin sebelum kakaknya berkahwin.
27 Tunggulah sampai selesai pesta tujuh hari perkahwinanmu ini, maka aku akan menyerahkan Rahel kepadamu, jika kamu mahu bekerja untukku selama tujuh tahun lagi.”
28 Yakub bersetuju, dan apabila selesai pesta perkahwinan itu, Laban menyerahkan Rahel kepada Yakub untuk menjadi isterinya. (