7 Yakub berkata, “Hari masih siang dan belum lagi masanya untuk memasukkan ternakan ke dalam kandang. Mengapa kamu tidak memberi ternakan minum, lalu membiarkan ternakan itu meragut rumput semula?”
8 Mereka menjawab, “Ternakan ini hanya boleh diberi minum apabila semua ternakan sudah berkumpul di sini dan batu penutup digulingkan.”
9 Sementara Yakub bercakap-cakap dengan mereka, Rahel tiba bersama dengan ternakan bapanya.
10 Apabila Yakub nampak Rahel menggiring ternakan itu, Yakub pergi ke perigi, menggulingkan batu penutupnya ke samping, lalu memberi ternakan itu minum.
11 Kemudian dia mencium Rahel dan menangis kerana terharu.
12 Dia berkata kepada Rahel, “Saya anak Ribka, saudara bapamu.”Rahel berlari untuk memberitahukan hal itu kepada bapanya.
13 Apabila bapanya mendengar berita tentang Yakub, anak saudaranya, dia berlari untuk berjumpa dengan Yakub. Laban memeluk dan mencium dia, lalu membawa dia masuk ke rumah. Apabila Yakub memberitahu Laban segala yang sudah berlaku,