9 Sementara Yakub bercakap-cakap dengan mereka, Rahel tiba bersama dengan ternakan bapanya.
10 Apabila Yakub nampak Rahel menggiring ternakan itu, Yakub pergi ke perigi, menggulingkan batu penutupnya ke samping, lalu memberi ternakan itu minum.
11 Kemudian dia mencium Rahel dan menangis kerana terharu.
12 Dia berkata kepada Rahel, “Saya anak Ribka, saudara bapamu.”Rahel berlari untuk memberitahukan hal itu kepada bapanya.
13 Apabila bapanya mendengar berita tentang Yakub, anak saudaranya, dia berlari untuk berjumpa dengan Yakub. Laban memeluk dan mencium dia, lalu membawa dia masuk ke rumah. Apabila Yakub memberitahu Laban segala yang sudah berlaku,
14 Laban berkata, “Ya, memang kamu sedarah dengan aku.”Maka Yakub tinggal di situ selama satu bulan.
15 Laban berkata kepada Yakub, “Kamu tidak seharusnya bekerja untukku tanpa mendapat apa-apa, hanya kerana kamu saudaraku. Berapakah gaji yang kamu mahu?”