33 Pada masa yang akan datang pak cik akan tahu dengan mudah sama ada saya berlaku jujur atau tidak. Manakala pak cik datang untuk memeriksa ternakan yang menjadi upah saya, dan nampak bahawa ada kambing yang tidak berbintik-bintik atau belang, atau domba yang tidak hitam, pak cik akan tahu bahawa binatang itu telah saya curi.”
34 Laban menjawab, “Aku setuju! Kita akan melakukan apa yang kamu cadangkan itu!”
35 Tetapi pada hari itu Laban memisahkan semua kambing jantan yang loreng atau belang dan semua kambing betina yang belang, berbintik-bintik, atau yang bernoda putih. Dia juga memisahkan semua domba yang hitam. Kemudian dia menyuruh anak-anak lelakinya mengurus ternakan itu.
36 Anak-anak Laban itu pergi menjauhi Yakub dengan menggiring semua ternakan itu sejauh tiga hari perjalanan. Kawanan kambing dan domba yang tinggal dipelihara oleh Yakub.
37 Kemudian Yakub mengambil cabang-cabang hijau pokok hawar, pokok badam dan pokok berangan. Dia mengupas sebahagian kulit cabang-cabang itu sehingga menjadi belang.
38 Dia meletakkan cabang-cabang itu di hadapan kawanan kambing, di dalam tempat minuman, kerana ternakan itu suka mengawan ketika hendak minum.
39 Kambing yang mengawan di hadapan cabang-cabang itu akan melahirkan anak kambing yang loreng atau yang belang atau yang berbintik-bintik.