1 Yakub mendengar anak-anak lelaki Laban berkata begini, “Yakub telah mengambil segala harta milik ayah kita. Dia mendapat segala kekayaannya daripada harta ayah.”
2 Yakub juga nampak bahawa Laban tidak lagi ramah dengan dia seperti dahulu.
3 Kemudian TUHAN berfirman kepada Yakub, “Kembalilah ke negeri bapamu dan kepada sanak saudaramu. Aku akan menyertai engkau.”
4 Oleh itu Yakub menyuruh orang memberitahu Rahel dan Lea supaya berjumpa dengan dia di padang, di tempat ternakannya.
5 Yakub berkata kepada mereka, “Aku nampak bahawa bapa kamu tidak lagi ramah dengan aku seperti biasanya, tetapi Allah yang disembah bapaku menyertai aku.
6 Kamu berdua juga tahu bahawa aku telah bekerja bagi bapa kamu dengan sekuat tenaga.