26 Laban berkata kepada Yakub, “Mengapa kamu menipu aku dan membawa lari anak-anakku, seakan-akan mereka tawanan perang?
27 Mengapa kamu menipu aku lalu pergi dengan diam-diam, tanpa minta diri? Seandainya kamu minta diri, aku tentu melepaskan kamu pergi dengan kegembiraan dan nyanyian, diiringi tamburin dan kecapi!
28 Bahkan kamu tidak memberi aku kesempatan pun untuk mencium anak cucuku sebagai perpisahan. Bodoh betul tindakanmu itu!
29 Aku berkuasa untuk berbuat jahat terhadapmu, tetapi malam tadi Allah yang disembah bapamu, memberikan amaran kepadaku supaya tidak sekali-kali mengancam kamu.
30 Aku tahu bahawa kamu pergi kerana ingin sekali pulang. Tetapi mengapa kamu mencuri patung pelindung keluargaku?”
31 Kemudian Yakub menjawab, “Saya pergi dengan diam-diam kerana takut pak cik akan menahan anak-anak pak cik.
32 Tentang patung itu, jika pak cik menjumpai orang yang telah mencurinya, dia akan dihukum mati. Periksalah, sama ada barang-barang kepunyaan pak cik ada di sini. Jika ada, sila ambil. Semua orang kita boleh menyaksikannya.” Yakub tidak tahu bahawa patung itu dicuri oleh Rahel.