44 Oleh itu marilah kita membuat perjanjian dan menimbunkan batu-batu sebagai tanda perjanjian.”
45 Kemudian Yakub mengambil sebuah batu dan menegakkannya sebagai batu peringatan.
46 Dia menyuruh anak buahnya mengumpulkan batu dan membuat sebuah timbunan. Kemudian mereka makan bersama dekat timbunan batu itu.
47 Laban menamakan timbunan batu itu Yegar Sahaduta, dan Yakub menamakannya Galed.
48 Laban berkata kepada Yakub, “Timbunan batu ini akan menjadi peringatan bagi kita berdua.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Galed.
49 Laban berkata juga, “Semoga TUHAN mengawasi kita selama kita hidup berjauhan.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan juga Mizpa.
50 Laban berkata lagi, “Jika kamu tidak memperlakukan anak-anakku dengan baik, atau mengahwini wanita-wanita lain, walaupun tiada yang mengetahuinya, ingatlah, bahawa Allah mengawasi kita.