46 Dia menyuruh anak buahnya mengumpulkan batu dan membuat sebuah timbunan. Kemudian mereka makan bersama dekat timbunan batu itu.
47 Laban menamakan timbunan batu itu Yegar Sahaduta, dan Yakub menamakannya Galed.
48 Laban berkata kepada Yakub, “Timbunan batu ini akan menjadi peringatan bagi kita berdua.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Galed.
49 Laban berkata juga, “Semoga TUHAN mengawasi kita selama kita hidup berjauhan.” Itulah sebabnya tempat itu dinamakan juga Mizpa.
50 Laban berkata lagi, “Jika kamu tidak memperlakukan anak-anakku dengan baik, atau mengahwini wanita-wanita lain, walaupun tiada yang mengetahuinya, ingatlah, bahawa Allah mengawasi kita.
51 Inilah batu-batu yang telah aku timbun, dan ini batu peringatan.
52 Baik timbunan ini mahupun batu peringatan ini mengingatkan kita bahawa aku tidak boleh melalui timbunan ini untuk menyerang kamu, dan kamu pun tidak boleh melalui timbunan ini dan batu peringatan ini untuk menyerang aku.