26 Orang itu berkata, “Lepaskanlah aku; sebentar lagi matahari akan terbit.”Yakub menjawab, “Saya tidak akan melepaskan tuan, kecuali tuan memberkati saya.”
27 “Siapa namamu?” tanya orang itu.“Yakub,” jawabnya.
28 Orang itu berkata, “Namamu bukan Yakub lagi. Engkau telah bergomol dengan Allah serta manusia, dan engkau sudah menang; kerana itu sekarang namamu Israel.”
29 Yakub berkata, “Sekarang beritahulah saya nama tuan.”Tetapi orang itu menjawab, “Tidak perlu engkau mengetahui namaku!” Kemudian dia memberkati Yakub.
30 Yakub berkata, “Aku sudah bertemu muka dengan Allah dan aku masih hidup.” Oleh itu dia menamakan tempat itu Peniel.
31 Pada waktu matahari terbit, Yakub meninggalkan Peniel. Dia pincang kerana sendi pinggulnya terkehel.
32 Sampai sekarang keturunan Israel tidak makan daging yang menutupi sendi pinggul binatang, kerana Yakub kena pukul pada pinggulnya.