5 Ketika Esau nampak semua wanita dan anak-anak itu, dia bertanya, “Siapakah mereka yang ada bersama-samamu ini?”Yakub menjawab, “Mereka itu anak-anak yang dikurniakan Allah kepada saya.”
6 Kemudian kedua-dua orang gundiknya maju dengan anak-anak mereka, lalu bersujud.
7 Kemudian Lea serta anak-anaknya datang, dan akhir sekali Yusuf dan Rahel datang, lalu bersujud.
8 Esau bertanya, “Apakah maksudmu dengan rombongan-rombongan yang saya jumpai tadi?”Yakub menjawab, “Untuk menyenangkan hati abang.”
9 Tetapi Esau berkata, “Harta saya sudah cukup. Adik tidak perlu memberikan hadiah kepada saya.”
10 Yakub berkata, “Jika saya menyenangkan hati abang, terimalah hadiah saya itu. Bagi saya, melihat wajah abang sama dengan melihat wajah Allah kerana abang begitu ramah kepada saya.
11 Saya mohon, terimalah hadiah yang saya bawa itu. Allah sangat baik kepada saya dan memberikan segala sesuatu yang saya perlukan.” Yakub terus-menerus mendesaknya sampai akhirnya Esau menerima hadiah itu.