19 Setelah Rahel meninggal, dia dikuburkan di pinggir jalan yang menuju ke Efrata, yang sekarang bernama Bethlehem.
20 Yakub menegakkan sebuah batu peringatan di situ, dan sampai hari ini, kubur Rahel masih ditandai dengan batu itu.
21 Kemudian Yakub meneruskan perjalanannya. Selepas melalui menara Eder, dia memasang khemahnya.
22 Sementara mereka berada di tempat itu, Ruben berseketiduran dengan Bilha, gundik bapanya. Hal itu diketahui Yakub, lalu dia sangat marah.Yakub mempunyai dua belas orang anak lelaki.
23 Anak Lea ialah Ruben (anak sulung Yakub), Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon.
24 Anak Rahel ialah Yusuf dan Benyamin.
25 Anak Bilha, hamba Rahel ialah Dan serta Naftali.