20 Yakub menegakkan sebuah batu peringatan di situ, dan sampai hari ini, kubur Rahel masih ditandai dengan batu itu.
21 Kemudian Yakub meneruskan perjalanannya. Selepas melalui menara Eder, dia memasang khemahnya.
22 Sementara mereka berada di tempat itu, Ruben berseketiduran dengan Bilha, gundik bapanya. Hal itu diketahui Yakub, lalu dia sangat marah.Yakub mempunyai dua belas orang anak lelaki.
23 Anak Lea ialah Ruben (anak sulung Yakub), Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, dan Zebulon.
24 Anak Rahel ialah Yusuf dan Benyamin.
25 Anak Bilha, hamba Rahel ialah Dan serta Naftali.
26 Anak Zilpa, hamba Lea ialah Gad dan Asyer. Anak-anak itu dilahirkan di Mesopotamia.