6 Inilah yang dikatakan Yusuf kepada mereka, “Cuba dengar mimpiku.
7 Aku bermimpi kita semua berada di ladang dan sedang memberkas gandum, lalu berkas gandumku berdiri tegak. Kemudian berkas-berkas gandum kamu mengelilingi berkas gandumku, lalu sujud kepada berkas gandumku itu.”
8 Lalu saudara-saudara Yusuf berkata kepadanya, “Kaufikir engkau akan menjadi raja dan berkuasa atas kami?” Oleh itu mereka semakin membenci Yusuf kerana mimpi dan kata-katanya.
9 Kemudian Yusuf bermimpi lagi. Dia berkata kepada saudara-saudaranya, “Aku bermimpi lagi. Aku nampak matahari, bulan, dan sebelas bintang sujud kepadaku.”
10 Mimpi itu diceritakannya pula kepada bapanya. Lalu bapanya menegur dia, “Mimpi apakah itu? Kaufikir aku, ibumu, dan saudara-saudaramu akan datang dan sujud menyembah engkau?”
11 Saudara-saudara Yusuf iri hati kepadanya tetapi bapanya tetap memikirkan mimpi itu.
12 Pada suatu hari saudara-saudara Yusuf pergi ke Sikhem untuk menggembala ternakan bapa mereka.