25 Sementara Tamar dibawa keluar, dia mengirimkan pesan kepada bapa mentuanya, “Saya telah dihamilkan oleh pemilik benda-benda ini. Periksalah meterai ini dengan talinya, serta tongkat ini, dan lihatlah siapa pemiliknya.”
26 Yehuda mengenali benda-benda itu dan berkata, “Perempuan itu tidak bersalah. Aku tidak melakukan kewajipanku terhadap dia; seharusnya aku mengahwinkan dia dengan anakku Syela.” Yehuda tidak bersetubuh dengan Tamar lagi.
27 Apabila tiba masanya bagi Tamar bersalin, ternyata dia akan melahirkan anak kembar.
28 Sedang dia bersalin, salah seorang bayi kembar itu mengeluarkan tangannya, lalu bidan memegang tangan itu dan mengikatnya dengan benang merah. Bidan berkata, “Anak ini dilahirkan lebih dahulu.”
29 Tetapi bayi itu menarik tangannya kembali, dan bayi yang satu lagi dilahirkan lebih dahulu. Kemudian bidan berkata, “Begitu pula caramu mendesak keluar!” Lalu anak yang dilahirkan lebih dahulu itu diberi nama Peres.
30 Selepas itu barulah adiknya, yang tangannya diikat dengan benang merah, dilahirkan. Anak itu diberi nama Zerah.