11 Engkau terkutuk dan tidak boleh lagi mengusahakan tanah. Tanah itu sudah menyerap darah adikmu, seolah-olah tanah membuka mulut untuk menerima darah adikmu ketika engkau membunuh dia.
12 Jika engkau bercucuk tanam, tanah tidak akan menghasilkan apa-apa; engkau akan menjadi pengembara yang tidak mempunyai tempat tinggal di bumi.”
13 Kemudian Kain berkata kepada TUHAN, “Hukuman itu terlalu berat, aku tidak dapat menanggungnya.
14 Engkau mengusir aku dari tanah ini dan dari hadirat-Mu. Aku akan menjadi pengembara yang tidak mempunyai tempat tinggal di bumi, dan aku akan dibunuh oleh sesiapa sahaja yang menjumpai aku.”
15 Tetapi TUHAN berfirman, “Tidak. Jika engkau dibunuh, maka sebagai pembalasan, tujuh orang termasuk pembunuhmu itu akan dibunuh juga.” Kemudian TUHAN membubuhkan suatu tanda pada Kain supaya sesiapa sahaja yang menjumpai dia tidak membunuhnya.
16 Maka Kain pergi dari hadirat TUHAN, lalu tinggal di tanah yang bernama “Pengembaraan” di sebelah timur Eden.
17 Kain dan isterinya mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Henokh. Kemudian Kain membina sebuah kota dan menamakan kota itu menurut nama anak lelakinya.