14 Engkau mengusir aku dari tanah ini dan dari hadirat-Mu. Aku akan menjadi pengembara yang tidak mempunyai tempat tinggal di bumi, dan aku akan dibunuh oleh sesiapa sahaja yang menjumpai aku.”
15 Tetapi TUHAN berfirman, “Tidak. Jika engkau dibunuh, maka sebagai pembalasan, tujuh orang termasuk pembunuhmu itu akan dibunuh juga.” Kemudian TUHAN membubuhkan suatu tanda pada Kain supaya sesiapa sahaja yang menjumpai dia tidak membunuhnya.
16 Maka Kain pergi dari hadirat TUHAN, lalu tinggal di tanah yang bernama “Pengembaraan” di sebelah timur Eden.
17 Kain dan isterinya mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Henokh. Kemudian Kain membina sebuah kota dan menamakan kota itu menurut nama anak lelakinya.
18 Henokh mempunyai seorang anak lelaki bernama Irad. Irad bapa Mehuyael, Mehuyael bapa Metusael, dan Metusael bapa Lamekh.
19 Lamekh mempunyai dua orang isteri, Ada dan Zila.
20 Ada melahirkan Yabal. Keturunan Yabal ialah bangsa yang memelihara ternakan dan tinggal di khemah.