19 Lamekh mempunyai dua orang isteri, Ada dan Zila.
20 Ada melahirkan Yabal. Keturunan Yabal ialah bangsa yang memelihara ternakan dan tinggal di khemah.
21 Adik Yabal bernama Yubal. Keturunan Yubal ialah pemuzik yang memainkan kecapi dan seruling.
22 Zila melahirkan Tubal-Kain. Keturunan Tubal-Kain membuat pelbagai perkakas daripada gangsa dan besi. Adik perempuan Tubal-Kain bernama Naama.
23 Lamekh berkata kepada isterinya, “Ada dan Zila, dengarlah kataku. Aku sudah membunuh seorang pemuda kerana dia memukul aku.
24 Jika tujuh orang dibunuh sebagai pembalasan terhadap orang yang membunuh Kain, tujuh puluh tujuh orang akan dibunuh jika aku dibunuh.”
25 Adam dan isterinya mendapat seorang anak lelaki lagi. Hawa berkata, “Allah sudah mengurniai aku seorang anak lelaki untuk menggantikan Habel yang dibunuh oleh Kain.” Maka Hawa menamakan anaknya Set.