1 Beberapa lama kemudian dua orang pelayan raja Mesir, iaitu pengurus minuman dan pengurus roti, melakukan kesalahan terhadap raja.
2 Oleh sebab itu, raja murka terhadap kedua-dua orang pelayan itu.
3 Mereka dimasukkan ke dalam penjara di rumah ketua pengawal istana, di tempat Yusuf ditahan.
4 Mereka tinggal lama di penjara itu, lalu ketua pengawal istana menugaskan Yusuf untuk melayani mereka.
5 Pada suatu malam pengurus minuman dan pengurus roti itu masing-masing bermimpi. Erti mimpi mereka itu tidak sama.
6 Apabila Yusuf datang kepada mereka keesokan paginya, mereka kelihatan muram.
7 Oleh itu Yusuf bertanya, “Mengapa begitu muram hari ini?”