1 Apabila Yakub mendengar berita bahawa ada gandum di Mesir, dia berkata kepada anak-anak lelakinya, “Mengapa kamu tidak melakukan sesuatu?
2 Aku mendengar berita bahawa ada gandum di Mesir; pergilah ke sana untuk membeli gandum supaya kita tidak mati kebuluran.”
3 Oleh itu sepuluh orang abang tiri Yusuf pergi membeli gandum di Mesir.
4 Tetapi Yakub tidak membenarkan Benyamin, adik kandung Yusuf, pergi bersama dengan mereka, kerana Yakub takut jangan-jangan terjadi sesuatu kecelakaan kepada anaknya itu.
5 Anak-anak Yakub bersama dengan orang lain datang membeli gandum di Mesir, kerana ada kebuluran di negeri Kanaan.
6 Yusuf, sebagai gabenor di Mesir, menjual gandum kepada orang dari seluruh dunia. Oleh itu saudara-saudara Yusuf datang dan sujud di hadapannya.