15 Aku mahu menguji kamu. Aku bersumpah demi nama raja bahawa kamu tidak akan meninggalkan negeri ini kecuali adik kamu yang bongsu itu datang ke sini.
16 Seorang daripada kamu harus pulang untuk membawanya ke mari. Sementara itu, kamu yang lain akan ditahan sampai kata-kata kamu itu terbukti benar. Jika tidak, demi nama raja, kamu ini pengintip!”
17 Kemudian mereka dimasukkan ke dalam penjara selama tiga hari.
18 Pada hari yang ketiga Yusuf berkata kepada mereka, “Aku orang yang takut dan taat kepada Allah. Aku akan menyelamatkan kamu dengan satu syarat.
19 Untuk membuktikan bahawa kamu ini jujur, seorang daripada kamu akan ditahan di dalam penjara; yang lain boleh pulang dan membawa gandum yang dibeli untuk keluarga kamu yang sedang menderita kebuluran.
20 Selepas itu kamu harus membawa adik kamu yang bongsu kepadaku. Itulah buktinya nanti bahawa kata-kata kamu itu benar, dan aku tidak akan menjatuhkan hukuman mati kepada kamu.”Mereka setuju dengan keputusan gabenor itu.
21 Kemudian mereka bercakap satu sama lain, “Sekarang kita dihukum kerana kesalahan kita terhadap adik kita dahulu; dia meminta tolong tetapi kita tidak mempedulikannya, walaupun kita nampak dia sangat menderita. Itulah sebabnya kita mengalami penderitaan ini sekarang.”