14 Semoga Allah Yang Maha Kuasa membuat gabenor itu kasihan kepada kamu, sehingga dia mahu mengembalikan Benyamin dan Simeon. Bagi aku, jika memang aku harus kehilangan anak-anakku, apa boleh buat.”
15 Kemudian saudara-saudara Yusuf membawa semua hadiah itu dan wang dua kali ganda, lalu berangkat ke Mesir bersama dengan Benyamin. Setelah sampai di sana, mereka menghadap Yusuf.
16 Apabila Yusuf nampak Benyamin dan abang-abangnya, dia berkata kepada hamba yang mengurus rumah tangganya, “Bawalah semua orang itu ke rumahku. Mereka akan makan bersama dengan aku tengah hari ini. Sembelihlah seekor ternak lalu siapkanlah itu.”
17 Hamba itu melaksanakan perintahnya dan membawa saudara-saudara Yusuf ke dalam rumah Yusuf.
18 Ketika mereka dibawa ke dalam rumah Yusuf, mereka takut dan berfikir, “Kita dibawa ke sini kerana wang yang di dalam karung kita pada masa kita datang ke sini dahulu. Mereka akan menangkap kita dengan tiba-tiba, lalu mengambil keldai kita dan menjadikan kita abdi.”
19 Oleh itu, di pintu rumah Yusuf, mereka berkata kepada pengurus rumah tangga itu,
20 “Tuan, kami pernah datang ke sini untuk membeli makanan.