28 Mereka menjawab, “Bapa kami, hamba tuan, masih hidup dan sihat.” Mereka pun bersujud di hadapannya.
29 Apabila Yusuf melihat Benyamin, adiknya, dia berkata, “Inikah adik kamu yang bongsu itu, yang kamu beritahukan aku? Semoga Allah memberkati engkau, anakku.”
30 Yusuf berasa terharu kerana rindu dan sayang akan adiknya. Dia hampir tidak dapat menahan diri, kerana itu dia pergi dari situ dengan tiba-tiba, lalu masuk ke biliknya dan menangis.
31 Kemudian dia membasuh mukanya, lalu keluar lagi, dan dengan menahan perasaannya dia menyuruh orang menghidangkan makanan.
32 Yusuf makan di sebuah meja tersendiri, dan saudara-saudaranya makan di meja yang lain. Orang Mesir yang ada di situ makan di meja yang lain lagi, kerana mereka berasa hina apabila makan bersama dengan orang Ibrani.
33 Saudara-saudara Yusuf diberikan tempat duduk di meja yang berhadapan dengan Yusuf, menurut urutan umur masing-masing, mulai daripada yang sulung sampai kepada yang bongsu. Ketika mereka nampak cara mereka diberikan tempat duduk, mereka saling memandang dengan hairan.
34 Mereka diberi makanan dari meja Yusuf, tetapi Benyamin mendapat makanan lima kali lebih banyak daripada abang-abangnya. Oleh itu mereka makan dan minum bersama-sama Yusuf, serta bersuka ria.