12 Yusuf berkata lagi, “Sekarang kamu nampak sendiri, termasuk engkau Benyamin, bahawa aku benar-benar Yusuf.
13 Katakanlah kepada ayah kita betapa besarnya kuasaku di sini, di Mesir, dan ceritakanlah segala yang sudah kamu nampak kepadanya. Bawalah dia ke sini dengan segera.”
14 Yusuf memeluk adiknya Benyamin dan menangis. Benyamin juga menangis sambil memeluk abangnya.
15 Kemudian sambil menangis, Yusuf memeluk semua saudaranya dan mencium mereka. Selepas itu mereka mula bercakap-cakap dengan dia.
16 Apabila berita kedatangan saudara-saudara Yusuf sampai di istana raja, raja dan para pegawainya pun senang hati.
17 Oleh itu raja bertitah kepada Yusuf, “Suruhlah saudara-saudaramu memuati keldai mereka dengan gandum, dan pulang ke Kanaan
18 untuk membawa bapa serta keluarga mereka ke sini. Beta akan memberikan tanah yang terbaik di Mesir kepada mereka, dan mereka akan dapat hidup dengan berkecukupan daripada hasil tanah itu.