1-2 Kemudian Yusuf membawa lima orang daripada saudaranya, lalu menghadap raja. Yusuf berkata, “Bapa dan saudara-saudara hamba sudah datang bersama dengan kawanan kambing dan domba, lembu, dan segala kepunyaan mereka dari Kanaan. Sekarang mereka berada di daerah Gosyen.” Selepas itu, dia memperkenalkan saudara-saudaranya kepada raja.
3 Raja bertanya kepada mereka, “Apakah pekerjaan kamu?”Mereka menjawab, “Hamba sekalian gembala ternakan seperti nenek moyang hamba sekalian.
4 Hamba semua datang untuk tinggal di negeri ini kerana kebuluran di tanah Kanaan terlalu dahsyat, sehingga tiada lagi rumput untuk ternakan. Benarkanlah hamba sekalian tinggal di daerah Gosyen.”
5 Lalu raja bertitah kepada Yusuf, “Sekarang bapa dan saudara-saudaramu telah tiba di sini.
6 Anggaplah negeri Mesir sebagai negerimu sendiri. Biarlah mereka menetap di daerah Gosyen, daerah yang terbaik di negeri ini. Jika ada orang yang cekap antara mereka, tugaskanlah orang itu menjaga ternakan beta.”
7 Yusuf juga membawa bapanya menghadap raja. Yakub memberkati raja,
8 lalu raja bertanya kepadanya, “Berapakah umurmu?”