26 Kemudian Yusuf menjadikan hal itu undang-undang di negeri Mesir, iaitu seperlima daripada hasil tuaian mesti menjadi milik raja. Sampai sekarang undang-undang itu masih berlaku. Hanya tanah milik para imam yang tidak dijadikan milik raja.
27 Demikianlah orang Israel menetap di Mesir, di daerah Gosyen. Mereka menjadi kaya dan mempunyai banyak anak cucu di situ.
28 Yakub tinggal di Mesir selama tujuh belas tahun sehingga dia berusia seratus empat puluh tujuh tahun.
29 Apabila hampir saatnya dia meninggal, dia memanggil Yusuf, anaknya, lalu berkata kepadanya, “Letakkanlah tanganmu di antara pangkal pahaku dan bersumpahlah bahawa engkau tidak akan mengebumikan aku di Mesir.
30 Aku mahu dikebumikan di tempat nenek moyangku. Bawalah jenazahku keluar dari negeri ini dan kuburkanlah aku di kuburan mereka.”Yusuf menjawab, “Saya akan melakukan apa yang dikatakan ayah.”
31 Yakub berkata, “Bersumpahlah bahawa engkau akan melakukannya.” Yusuf bersumpah, lalu Yakub mengucapkan syukur di tempat tidurnya.