Kejadian 48:15-21 BM

15 Kemudian Yakub memberkati Yusuf,“Semoga Allah yang disembah oleh nenek moyangku Abraham dan Ishak,memberkati anak-anak ini.Semoga Allah yang membimbing aku sampai sekarang,memberkati mereka.

16 Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya,memberkati mereka.Semoga namaku dan nama nenek moyangku,Abraham dan Ishak tetap hidupkerana anak-anak ini!Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”

17 Yusuf tidak suka melihat bapanya meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim, lalu dia memegang tangan bapanya untuk memindahkannya dari atas kepala Efraim ke atas kepala Manasye.

18 Dia berkata kepada bapanya, “Jangan begitu, ayah. Inilah anak yang sulung; letakkanlah tangan kanan ayah ke atas kepalanya.”

19 Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan berkuasa dan keturunannya pun akan menjadi bangsa yang besar. Tetapi adiknya akan lebih berkuasa daripada dia, dan keturunan adiknya akan menjadi bangsa-bangsa yang besar.”

20 Yakub memberkati anak-anak itu pada hari itu, katanya, “Orang Israel akan menyebut nama kamu apabila mereka memberkati orang. Mereka akan berkata, ‘Semoga Allah menjadikan kamu seperti Efraim dan Manasye.’ ” Dengan demikian Yakub mendahulukan Efraim daripada Manasye.

21 Selepas itu Yakub berkata kepada Yusuf, “Lihatlah, tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas yang terakhir, tetapi Allah akan menyertai kamu dan membawa kamu kembali ke negeri nenek moyang kamu.