18 Aku menantikan penyelamatandaripada-Mu, ya TUHAN.
19 Gad akan diserang perompak,namun dia akan berbalik dan merompak mereka.
20 Tanah Asyer akan menghasilkan makanan lazat,dia akan menyediakan makanan bagi raja.
21 Naftali bagaikan rusa yang pantas,yang melahirkan anak-anak yang cantik.
22 Yusuf umpama keldai muda,keldai liar dekat mata air,berlari-lari di lereng gunung.
23 Musuh menyerangnya dengan sengit,mengejarnya dengan busur dan panah.
24 Tetapi lengan Yusuf tetap kuat,dan busurnya kukuh,kerana kekuatan Allah Yakub yang Berkuasa,Gembala dan Pelindung Israel.