22 Yusuf umpama keldai muda,keldai liar dekat mata air,berlari-lari di lereng gunung.
23 Musuh menyerangnya dengan sengit,mengejarnya dengan busur dan panah.
24 Tetapi lengan Yusuf tetap kuat,dan busurnya kukuh,kerana kekuatan Allah Yakub yang Berkuasa,Gembala dan Pelindung Israel.
25 Allah bapamu menolong engkau;Allah Yang Maha Kuasa memberkati engkaudengan hujan dari langitdan air dari bawah tanah,dengan anak dan lembu,
26 dengan gandum dan bunga,dengan gunung-gunung purba,dengan kekayaan dari bukit-bukit yang abadi.Semoga semua berkat itu dicurahkandi atas kepala Yusuf,dan pada dahinya.Dialah yang teristimewadi kalangan saudara-saudaranya.
27 Benyamin bagaikan serigala yang ganas.Pada pagi hari dia menerkam mangsanya.Pada malam hari dia mencarik-cariknya.”
28 Itulah dua belas suku Israel, dan kata-kata bapa mereka ketika dia memberkati setiap anak lelakinya dengan berkat yang sesuai bagi masing-masing.