1 Allah tidak melupakan Nuh dan semua binatang yang ada bersama-samanya di dalam bahtera. Allah membuat angin bertiup sehingga air mulai surut.
2 Segala mata air di bawah tanah dan pintu air di langit ditutup. Hujan berhenti,
3 lalu air semakin surut. Selepas seratus lima puluh hari, paras air tidak berapa tinggi lagi.
4 Pada hari ketujuh belas bulan ketujuh, bahtera itu terkandas di sebuah puncak di banjaran Ararat.
5 Air semakin surut dan pada hari pertama bulan kesepuluh, puncak-puncak gunung mula kelihatan.
6 Selepas empat puluh hari, Nuh membuka sebuah tingkap bahtera
7 lalu melepaskan seekor burung gagak. Burung itu tidak kembali tetapi terbang kian ke mari sehingga air banjir surut sama sekali.