4 Pada hari ketujuh belas bulan ketujuh, bahtera itu terkandas di sebuah puncak di banjaran Ararat.
5 Air semakin surut dan pada hari pertama bulan kesepuluh, puncak-puncak gunung mula kelihatan.
6 Selepas empat puluh hari, Nuh membuka sebuah tingkap bahtera
7 lalu melepaskan seekor burung gagak. Burung itu tidak kembali tetapi terbang kian ke mari sehingga air banjir surut sama sekali.
8 Sementara itu, Nuh melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah surut.
9 Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera; Nuh menghulurkan tangannya lalu membawa burung itu ke dalam bahtera.
10 Nuh menunggu selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula.