5 Air semakin surut dan pada hari pertama bulan kesepuluh, puncak-puncak gunung mula kelihatan.
6 Selepas empat puluh hari, Nuh membuka sebuah tingkap bahtera
7 lalu melepaskan seekor burung gagak. Burung itu tidak kembali tetapi terbang kian ke mari sehingga air banjir surut sama sekali.
8 Sementara itu, Nuh melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah surut.
9 Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera; Nuh menghulurkan tangannya lalu membawa burung itu ke dalam bahtera.
10 Nuh menunggu selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula.
11 Pada petang hari, burung itu kembali kepada Nuh sambil membawa sehelai daun zaitun yang segar pada paruhnya. Dengan itu Nuh mengetahui bahawa air sudah surut.