23 Kemudian Sem dan Yafet mengambil sehelai jubah. Mereka membentangkan jubah itu pada bahu, lalu berjalan mundur masuk ke khemah dan menyelimuti bapa mereka dengan jubah itu. Mereka memalingkan muka supaya tidak nampak bapa mereka yang bertelanjang.
24 Apabila Nuh sedar daripada mabuknya dan mengetahui perbuatan anak bongsunya,
25 dia berkata,“Terkutuklah Kanaan!Dia akan menjadi abdi saudara-saudaranya.
26 Pujilah TUHAN, Allah Sem!Kanaan akan menjadi abdi Sem.
27 Semoga Allah menambahkan berkat kepada Yafet dengan meluaskan tempat tinggalnya.Semoga keturunannya tinggal bersama dengan keturunan Sem.Kanaan akan menjadi abdi Yafet.”
28 Selepas banjir itu, Nuh hidup selama 350 tahun lagi.
29 Nuh meninggal ketika dia berumur 950 tahun.