7 Kamu harus mempunyai banyak anak cucu, supaya keturunan kamu dapat mendiami seluruh bumi.”
8 Allah berfirman kepada Nuh dan anak-anaknya,
9 “Sekarang Aku membuat perjanjian dengan kamu dan keturunan kamu,
10 dan juga dengan semua makhluk hidup, iaitu burung dan binatang; semua yang keluar dari bahtera bersama dengan kamu.
11 Inilah perjanjian-Ku dengan kamu. Aku berjanji bahawa semua makhluk hidup tidak akan dibinasakan oleh banjir lagi. Banjir tidak akan memusnahkan bumi lagi.
12 Sebagai tanda perjanjian abadi yang Aku buat dengan kamu dan semua makhluk hidup,
13 Aku menempatkan pelangi-Ku di langit. Pelangi menjadi tanda perjanjian-Ku dengan dunia.