6 Kemudian Gomer mengandung lagi dan melahirkan seorang anak perempuan. TUHAN berfirman kepada Hosea, “Namakanlah anak itu ‘Tidak Dikasihani’, sebab Aku tidak akan mengasihani atau mengampuni suku Israel lagi.
7 Tetapi Aku akan mengasihani suku Yehuda. Aku, TUHAN, Allah mereka akan menyelamatkan mereka, tetapi bukan dengan peperangan - bukan dengan pedang, atau busur dan panah, atau kuda dan penunggangnya.”
8 Selepas anak yang bernama “Tidak Dikasihani” cerai susu, Gomer mengandung lagi dan melahirkan seorang anak lelaki.
9 Lalu TUHAN berfirman kepada Hosea, “Namakanlah dia ‘Bukan Umat-Ku’, kerana orang Israel bukan umat-Ku, dan Aku bukan Allah mereka.”
10 Umat Israel akan menjadi sebanyak pasir di laut, tidak dapat dikira ataupun disukat. Sekarang Allah berfirman kepada mereka, “Kamu bukan umat-Ku,” tetapi akan tiba masanya Dia berfirman kepada mereka, “Akulah Allah yang hidup dan kamulah anak-anak-Ku.”
11 Orang Yehuda dan orang Israel akan dipersatukan semula. Mereka akan melantik seorang pemimpin bagi bangsa mereka; sekali lagi mereka akan menjadi maju dan makmur di negeri mereka. Sesungguhnya hari Yizreel akan menjadi hari besar!
12 Oleh itu panggillah sesama kamu orang Israel, dengan nama “Umat-Ku” dan “Dikasihani.”