2 Tetapi semakin Aku memanggil mereka,semakin mereka menjauhi Aku.Umat-Ku mempersembahkan korban kepada Baal;mereka membakar kemenyan kepada berhala-berhala.
3 Padahal Akulah yang mengajar Israel berjalan.Aku memeluk umat-Ku dengan kasih sayang;Aku memelihara merekatetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat itu.
4 Aku mendekatkan merekadengan penuh kasih sayang.Aku mendukung dan mencium mereka,Aku membongkok dan memberi mereka makan.
5 Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.
6 Peperangan akan melanda kota-kota mereka, dan pintu gerbang kota akan dirobohkan. Umat-Ku akan dimusnahkan kerana mereka menurut kemahuan mereka sendiri.
7 Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.
8 Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu;Aku tidak mungkin meninggalkan kamu.Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma,atau menghukum kamu seperti Zeboim?Aku tidak sampai hati berbuat demikian.Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.