4 Aku mendekatkan merekadengan penuh kasih sayang.Aku mendukung dan mencium mereka,Aku membongkok dan memberi mereka makan.
5 Mereka tidak mahu kembali kepada-Ku. Oleh itu mereka mesti kembali ke Mesir, dan bangsa Asyur akan memerintah mereka.
6 Peperangan akan melanda kota-kota mereka, dan pintu gerbang kota akan dirobohkan. Umat-Ku akan dimusnahkan kerana mereka menurut kemahuan mereka sendiri.
7 Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.
8 Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu;Aku tidak mungkin meninggalkan kamu.Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma,atau menghukum kamu seperti Zeboim?Aku tidak sampai hati berbuat demikian.Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.
9 Aku tidak akan menghukum kamu apabila Aku murka;Aku tidak akan membinasakan Israel lagi,kerana Aku ini Allah dan bukan manusia.Aku, Yang Maha Suci menyertai kamu,Aku tidak akan murka kepada kamu lagi.”
10 TUHAN berfirman, “Aku akan mengaum seperti singa terhadap musuh umat-Ku, dan umat-Ku akan mengikut Aku. Dari sebelah barat mereka akan cepat-cepat datang kepada-Ku.