7 Mereka berkeras hendak meninggalkan Aku. Mereka akan berseru minta tolong kerana tertindas, tetapi tiada sesiapa pun akan membebaskan mereka.
8 Hai Israel, Aku tidak mungkin menolak kamu;Aku tidak mungkin meninggalkan kamu.Mungkinkah Aku membinasakan kamu seperti Adma,atau menghukum kamu seperti Zeboim?Aku tidak sampai hati berbuat demikian.Kasih-Ku bagi kamu terlalu besar.
9 Aku tidak akan menghukum kamu apabila Aku murka;Aku tidak akan membinasakan Israel lagi,kerana Aku ini Allah dan bukan manusia.Aku, Yang Maha Suci menyertai kamu,Aku tidak akan murka kepada kamu lagi.”
10 TUHAN berfirman, “Aku akan mengaum seperti singa terhadap musuh umat-Ku, dan umat-Ku akan mengikut Aku. Dari sebelah barat mereka akan cepat-cepat datang kepada-Ku.
11 Dari Mesir mereka akan terbang kepada-Ku secepat burung, dan dari Asyur seperti merpati. Aku akan membawa mereka pulang ke rumah mereka semula. Aku, TUHAN telah berfirman.”