1 Samaria harus dihukum kerana memberontak terhadap Aku. Rakyatnya akan mati dalam peperangan. Bayi akan dihempaskan sehingga hancur, dan perut wanita hamil dibelah.”
2 Kembalilah kepada TUHAN, Allah kamu, hai orang Israel. Dosa kamu telah menyebabkan kamu tergelincir dan jatuh.
3 Kembalilah kepada TUHAN, dan biarlah doa ini menjadi persembahan kamu kepada-Nya: “Ampunkanlah segala dosa kami, ya TUHAN, dan terimalah doa kami. Lalu kami akan memuji Engkau sebagaimana yang telah kami janjikan.
4 Negeri Asyur tidak akan dapat menyelamatkan kami. Kereta kuda pun tidak dapat melindungi kami. Kami tidak akan berkata lagi kepada berhala bahawa berhala-berhala itu Allah kami. Ya TUHAN, Engkau mengasihani orang yang tidak mempunyai sesiapa pun yang dapat diharapkan.”
5 TUHAN berfirman,“Umat-Ku yang menyeleweng akan Kubawa kembali.Mereka akan Kukasihi dengan segenap hati,sebab mereka tidak Kumurkai lagi.
6 Bagi orang Israel, Aku seperti hujanyang membasahi tanah yang gersang.Mereka akan berkembang seperti bunga,dan seperti pokok di Lebanon yang dalam akarnya.
7 Mereka akan hidup dan bertambah banyakseperti tanaman yang banyak tunasnya,dan mereka menjadi indah seperti pokok zaitun.Mereka akan menjadi harumseperti pokok sedar di Lebanon.