1 TUHAN berfirman, “Hai anak-anak-Ku, merayulah kepada ibu kamu, meskipun dia bukan lagi isteri-Ku, dan Aku bukan lagi suaminya. Merayulah kepadanya supaya jangan berzina dan melacur lagi.
2 Jika dia tetap berbuat demikian, Aku akan melucutkan segala pakaiannya sehingga dia telanjang seperti masa dia dilahirkan. Aku akan menjadikan dia seperti tanah yang tandus dan gersang, lalu dia akan mati kehausan.
3 Aku tidak akan mengasihani kamu, anak-anaknya; kamu dilahirkan daripada pelacuran.
4 Ibu kamu pelacur yang tidak tahu malu. Dia berkata, ‘Aku akan pergi kepada kekasih-kekasihku yang memberi aku makanan dan minuman, bulu domba dan linen, minyak zaitun dan wain.’
5 Oleh itu, Aku akan memagari dia dengan belukar duri dan menutup jalannya dengan tembok.
6 Dia akan mengejar kekasihnya, tetapi tidak akan menyusul mereka. Dia akan mencari mereka, tetapi tidak akan berjumpa dengan mereka. Lalu dia akan berkata, ‘Aku akan pulang kepada suamiku yang pertama; keadaanku dahulu lebih baik daripada sekarang.’
7 Dia tidak mengakui bahawa Aku yang memberi dia gandum, wain, minyak zaitun, dan segala emas serta perak yang digunakannya untuk menyembah Baal.