11 Aku akan memusnahkan pokok-pokok anggur dan pokok-pokok aranya yang menurut dia adalah upah pelayanannya kepada kekasih-kekasihnya. Aku akan mengubah ladang anggur dan kebun aranya menjadi hutan, dan semuanya akan dimusnahkan oleh binatang liar.
12 Aku akan menghukum dia kerana dia melupakan Aku. Dia membakar kemenyan untuk Baal, dan menghiaskan dirinya dengan barang kemas untuk mengejar kekasih-kekasihnya. Aku, TUHAN telah berfirman.”
13 TUHAN berfirman, “Aku akan membawa dia ke padang gurun lagi. Di sana, Aku akan memujuk dia dengan kata-kata cinta.
14 Aku akan memulangkan ladang anggur yang dimilikinya dahulu dan menjadikan Lembah Kesusahan suatu pintu harapan. Di sana dia akan menyambut Aku seperti pada masa mudanya, apabila dia baru keluar dari Mesir.
15 Lalu dia akan menyebut Aku sebagai suaminya, dan bukan lagi Baalnya.
16 Aku tidak akan membenarkan dia menyebut nama Baal lagi.
17 Pada masa itu Aku akan membuat perjanjian dengan segala binatang liar dan burung, supaya mereka tidak menyakiti umat-Ku. Aku akan menyingkirkan segala senjata perang dari negeri itu, segala pedang dan busur, supaya umat-Ku hidup dengan aman dan sejahtera.